gitar oh gitar...




let me start with bismillahirrahmannirrahim....
assalamualaikum....
wahhh..rasenya ni post ke-2 hasil luahan hati yang ingin berbicara...ecehhh...
kenape yerk dengan gitar kat atas nie....

alkisahnya bermula di facebook...ternampak gambar gitar nie...
dan tertarik hati lah kiranya dengar kitar warna purple tuu...
sweet kn warnenyeeee...hehehe
di pendekkan cerita...selepas berchatting sebaris due...
tuan empunya gambar pun bertanya...
nanti lepas dah kerja n berjaya boleh tak belanja dia gitar nie...
lalu aku pon bertanya pulak...warna ape dia nak...
maka adik ni pon jawab warna purple...haha...
nasib baik nak warna yang sama juga..haha...
bersabarlah dik...insyaallah..jika ade rezeki...
jika aca berjaya satu hari nanti...
aca akan hadiahkan untuk kamu gitar nie k...
insyaallah dik...
aca akan usaha semampu aca untuk capai kejayaan...
kejayaan aca itu nanti untuk keluarga dan adik2 yg selalu sokong aca...
aca takkan lupakan jasa korang semua...

insyaallah..adik2 pon aca doakan berjaya dunia akhirat...
sebegitu jua aca harap aca dan keluarga turut berjaya dunia akhirat...
walaupun ribut taufan datang melanda...
walau seberat manapun dugaan di terima...
aca akan sabar dan cuba untuk baiki diri ke arah lebih baik...
insyaallah...
terima kasih semua...


*rasenye semua dah tau kot sape 'adik' tu..hehehe

selama ini - aaron aziz




Selama ini dalam jiwaku
Hanya cintamu yang ku nantikan
Walau kasihku tak terjadi
Tapi hatiku hanya untukmu

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Doaku moga suatu masa nanti
Cintaku ini kan direstui
Biar beribu tahun ku tunggu
Tetapkanlah tempat cinta di hatinya

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Oh Tuhan buka kanlah hatinya
Menyinta aku seadanya
Selama ini aku menyinta
Hanya kau insan yang paling istimewa

Selama ini dalam jiwaku
Hanya cintamu yang ku nantikan
Biar beribu tahun ku tunggu
Tetapkanlah tempat cinta di hatinya

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Oh Tuhan buka kanlah hatinya
Menyinta aku seadanya
Selama ini aku menyinta
Hanya kau insan yang paling istimewa

Oh Tuhan tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya
Selama ini ku terus mencuba
Biar ribut badai datang bergelora

Oh Tuhan tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya




*hooo..cinta tu cinta jgk..jgn smpai kte abaikn cinta kte pd allah swt dn rasulullah saw...

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)




Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

jeng...jeng...jeng....


assalamualaikum....
salam sejahtera....
salam 1 malaysia...

wahhh..first entry untuk tahun 2013...haha...
nampak sangat busy sampai x sempat nak menaip dah...
berhabuk haa blog nie ...
maafkan saya...
sesungguhnya masa berlalu dengan cukup pantas...
sampai aku pun x terkejarnya..haha...
ok la..x nak bazirkan masa...
terus pada agenda sebenar menulis entry kali ini....


20 march 2008 ~ 20 march 2013

2008 ~ 2009
2009 ~ 2010
2010 ~ 2011
2011 ~ 2012
2012 ~ 2013

satu..dua..tiga..empat..dan kini..LIMA tahun...wahhhh...
macam tak pecaya..tapi tu la kenyataannya...

lima tahun saling mengenali...
lima tahun saling menyayangi...
lima tahun saling mencemburui...
lima tahun saling menangisi...
lima tahun segalanya di kongsi...

namun...
masih adakah lima tahun mendatang?
lima tahun lagi untuk di kongsi bersama...
lima tahun lagi untuk saling mengasihi....

semoga allah akan merahmati hubungan kita...
semoga ikatan ini akan terus tersimpul rapi...
semoga ukhwah ini akan kekal terjalin...
dan semoga persahabatan ini akan kekal selamanya...


happy five years anniversary...
20 march 2008 ~ 20 march 2013

NATASHA NABILA BINTI RANI
&
NAJWA SYAZWANI BINTI NASARUDDIN