Montaj Makan Malam Aspirasi SISPA UniKL MIAT bersama ALPHA



Montaj ringkas sepanjang kursus bakal pegawai yang diadakan di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA) pada 15 - 20 Mac 2015 sempena Majlis Makan Malam Aspirasi SISPA UniKL MIAT bersama ALPHA

Persembahan Pudar dari GEL MARA COHORT 3 PHASE 2



persembahan yang dibawakan khas oleh ahli GEL MARA dalam program Shore Clean Up Project di Pantai Bukit Kluang.

Persembahan semasa program Shore Clean Up Project - Bilang



persembahan yang dibawakan khas oleh ahli GEL MARA dalam program Shore Clean Up Project di Pantai Bukit Kluang.

ASPIRASI KEM TAHUNAN GEL MARA

Kem Tahunan Global Excellence & Leadership (GEL) 2015 telah dilangsungkan dengan jayanya selama tiga hari bermula dari 24 hingga 26 April 2015 bertempat di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Kem tahunan yang bertemakan “GEL Cycle” ini memberi lebih pendedahan kepada para peserta mengenai tugasan serta misi yang perlu dilaksanakan oleh ahli GEL.

GEL merupakan satu organisasi dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dianggotai oleh mahasiswa dan mahasiswi berlatar belakangkan dari pelbagai Institusi Pengajian Mara (IPMA). Pertubuhan ini mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar yang berkebolehan untuk dibentuk serta mengglobalkan kepimpinan mereka dan sekaligus menjadikan pelapis kepimpinan negera di masa hadapan.

PARA PESERTA KEM TAHUNAN GEL MARA SIRI III 2015

Kem Tahunan GEL pada kali ini menampilkan kelainan apabila peserta-peserta bukan sahaja diuji mental dan fizikal, malahan mereka turut didedahkan dengan elemen keusahawanan. Peserta-peserta menjelajah disekitar Pulau Pangkor sambil mengkomersialkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dihasilkan oleh usahawan MARA. Secara tidak langsung, peserta dapat mempelajari ilmu keusahawanan disamping meluaskan pasaran produk-produk tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang kem ini meliputi jungle treking, berkayak, bengkel penulisan artikel, slot Model United Nation (MUN), forum perdana serta perbincangan dan pembentangan projek Social Service Outreach (SSO). Kem ini dilihat telah mencapai objektif penubuhan GEL iaitu “Breaking Barrier, Building Future” apabila para peserta telah berjaya menghasilkan satu Pelan Pembangunan Pelajar yang bakal membantu 20 pelajar terpilih dari SMK Pangkor dalam merangka dan membina masa depan yang lebih cemerlang. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dan menjadi model ikutan pertubuhan lain agar dapat melahirkan lebih ramai lagi pemimpin yang berkaliber bagi meneruskan legasi kepimpinan di negara kita.





PESERTA GEL  MARA DARI UNIKL MIAT