Kem Tahunan Global Excellence & Leadership (GEL) 2015 telah dilangsungkan dengan jayanya selama tiga hari bermula dari 24 hingga 26 April 2015 bertempat di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Kem tahunan yang bertemakan “GEL Cycle” ini memberi lebih pendedahan kepada para peserta mengenai tugasan serta misi yang perlu dilaksanakan oleh ahli GEL.
GEL merupakan satu organisasi dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dianggotai oleh mahasiswa dan mahasiswi berlatar belakangkan dari pelbagai Institusi Pengajian Mara (IPMA). Pertubuhan ini mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar yang berkebolehan untuk dibentuk serta mengglobalkan kepimpinan mereka dan sekaligus menjadikan pelapis kepimpinan negera di masa hadapan.
![]() |
PARA PESERTA KEM TAHUNAN GEL MARA SIRI III 2015 |
Kem Tahunan GEL pada kali ini menampilkan kelainan apabila peserta-peserta
bukan sahaja diuji mental dan fizikal, malahan mereka turut didedahkan dengan
elemen keusahawanan. Peserta-peserta menjelajah disekitar Pulau Pangkor sambil
mengkomersialkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang
dihasilkan oleh usahawan MARA. Secara tidak langsung, peserta dapat mempelajari
ilmu keusahawanan disamping meluaskan pasaran produk-produk tersebut.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang kem ini meliputi jungle treking, berkayak, bengkel
penulisan artikel, slot Model United
Nation (MUN), forum perdana serta perbincangan dan pembentangan projek Social Service Outreach (SSO). Kem ini
dilihat telah mencapai objektif penubuhan GEL iaitu “Breaking Barrier, Building Future” apabila para peserta telah
berjaya menghasilkan satu Pelan Pembangunan Pelajar yang bakal membantu 20
pelajar terpilih dari SMK Pangkor dalam merangka dan membina masa depan yang
lebih cemerlang. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dan
menjadi model ikutan pertubuhan lain agar dapat melahirkan lebih ramai lagi
pemimpin yang berkaliber bagi meneruskan legasi kepimpinan di negara kita.
![]() |
PESERTA GEL MARA DARI UNIKL MIAT |
No comments:
Post a Comment