22 APRIL 2012










assalamualaikum dan salam 1 malaysia...
ahaaa...
this is one of my new greatest memory that i ever had..
gathering with my dearest friends from fathanah 1 2010...
sangat gempak wooo...
but yg sedihnya sabira xdpt join lelame n era plak xdpt datang...
yang len semua ade...
haha..luch di mcd then men bowling n last minum petang di big apple..fully sponsor by me at mcd n big apple juz for my dear lovely friends lorh..
next time bleh repeat lg k..
sayang korg semua tau2...

farzana farz
shazana howt
syahirah kechik
huda peng
amira kak adib
fatin ayu
diyana kasut
atiqah nenek
khadijah dj
erayuzni era
sabira sab

love you all !!!!!!!!!!!!

second cake for my birthday ;p




assalamualaikum...
so gmbar kt atas ni la gmbar kek yang kali ni di sponsor oleh angah plak..yg hari tu along n kali ni angah..haha..tapi kali ni sambut skli ngn ika la..n wt kt sg choh kbetulan mak n abh pn baru balik dr umrah..so xde nk ckp pape lg..bubye ;p

SELAMAT JADI TUA !!






ASSALAMUALAIKUM dan SALAM 1 MALAYSIA....

haha..jeles tajuk di atas dan gambar2 kt ats ni yg secara rasminya aku telah pun tua tapi takde la tua manepun..baru 18 lar..haha..
aku telah menyambut hari jadi yang ke 18 tahun pada 16 april lepas..
tapi sayangnya angah , abah , mak takde sekali..angah kerja..mak n abah pulak masih mengerjakan umrah...
mulenya ingatkan tak sambut la sebab xcukup ahli keluarga lagi..tapi tah macam mane tersambut pulak..haha..bukan salah saya lar..
tahun ni jatuh pada hari isnin..so pagi duty kt kdai mcm biase kul 7 pagi sampai la 10 malam..lepas tutup kedai tu ingatkan nak terus tidor la..
baru lepas set alarm n dah bersedia nak lelap tetibe along bukak pintu bilik n ngn muka suspens btanye pasal angah kt aku..pastu panggil keluar..
haha..bile kt muke pintu bilik aku dah perasan cahaya lilin n kantoi awal la dorg beli kek..haha
haha..tapi keknya comel..kechik je..sebab xramai n aku lak kurang makan kek2 nie..
haha..ni kirenyer dorg sambut penutup hari bday aku lar..haha..
malam2 melantak kek la dorg..kek coklat plak tu..haha..aku makan sepotong je sebab pekat sangat rase coklatnyer..so along ngn abg bad la penggnti mak n abah suapkn aku..
haish..sepanjang hari tu aku online fb..me reply ucapan dr kwn2 n sdare2 skalian..xkurg jgk yg text aku n call siap package nyanyi lagu hapy bday..haha
malam tu pulak sempat la call junior2..haha..paling teharu azreen aka pkp 1 sruh aku call balik..n aku call then bebudak blok ehsan nyanyi lagu hapy bday..haha..tah camno aku blok fatanah tp blok ehsan yg nyanyi..blok f plak aku call tasha aka pkp 3..n wakil blok g plak sape lg klu bukn syamim..heee
kwn2 skola lame pn de jgk yg bg ucpn..n membe baik aku dlu intan vampire jd kwn ptme ta mcg kt aku..haha..junior skola lme pn de jgk tmasuk la c afina n azimah..hoo..
rmai jgk rupenyer org yg masih ingat aku lg..alhamdulillah..insyaallah aku pn xlupe korg k..
terima kasih sekali lagi atas segala sokongan dan dorongan yg korg bg kt aku..tanpa korg semua aku xkan setabah dn smatang sekarg..
trima kasih juga atas doa2 korg utk aku..dan hrapan korg akn aku jdkn sbgai pembkar smgt utk lebih maju dn bntu keluarga aku pula..
insyaallah kebahagiaan itu pasti milik semua..
semoga korg semua jugak happy selalu n berjaya dengan bergaya di masa hadapan k..
sampai sini sahaja dahulu tinta coretan kali ini ;p
assalamualaikum...

*huu..ucpn fb paling best dpt dr faiez..text paling bez dr intan vampire..call paling terkejut dr iera spupu aku..nyanyi lagu bday paling bez dr azreen pkp 1 n ehsanians..n hadiah paling bermakna ingatan dari semue even xde hadiah pn tp ucpn yg sgt bgune utk aku igti... ;p

lagi kekurangan jurutera penerbangan

KUALA LUMPUR 12 Jun - Industri perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) global diunjur bernilai AS$65 bilion (RM195.3 bilion) menjelang 2020.

Industri tersebut dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri menguntungkan dan boleh menjadi jentera untuk memacu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjangka Projek Permulaan di bawah bahagian MRO, mewujudkan 21,000 peluang pekerjaan dan menyumbang tambahan AS$4.2 bilion (RM12.62 bilion) menjelang 2020.

ETP percaya dengan permintaan serantau yang kukuh, dipacu oleh pertumbuhan ekonomi utama seperti India dan China dan ditambah dengan tumpuan khusus bagi keberkesanan kos dalam industri penerbangan, akan meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan MRO dalam pasaran serantau.

MAS Aerospace Engineering (MAE), bahagian kejuruteraan dan penyenggaraan Malaysia Airlines, berkedudukan baik untuk merebut peluang ini.

Menurut Buku Panduan ETP yang diposkan di laman webnya, program itu disasarkan untuk memajukan MAE sebagai teraju penyedia perkhidmatan MRO di Malaysia, serta membangunkan Malaysia menjadi pusat MRO Asia Pasifik.

Bagaimanapun, katanya, dasar dan prosedur penerbangan yang ketinggalan zaman, tenaga kerja tidak mencukupi, dan kekurangan eko-sistem alat-alat ganti di Malaysia menghalang pertumbuhan industri itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman baru-baru ini berkata, Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera penerbangan berlesen.

Beliau juga berkata, negara ini masih kekurangan pusat latihan untuk melatih jurutera dengan pengetahuan dalam penerbangan awam.

Ketika ini, terdapat lapan sekolah latihan penerbangan di negara ini tetapi hanya lima sekolah kejuruteraan pesawat telah disahkan sebagai Organisasi Latihan Sah bagi melahirkan jurutera.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Malaysian Airline Engineering Training Centre, DILOG Training and Services, Malaysian Institute of Aviation Technology, Aeroprecesion Aviation Training Centre dan Malaysian Aviation Training Academy atau MATA.

Ketua Pegawai Eksekutif MATA Sulaiman Dahlan, dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini berkata, kaji selidik Kementerian Sumber Manusia mendedahkan bahawa Malaysia memerlukan lebih 16,000 jurutera pesawat setahun, tetapi sejak 15 tahun lepas, hanya 3,000 jurutera berlesen dilahirkan.

Beliau berkata, kerjaya itu tidak dipromosikan dengan efisien, oleh itu menyebabkan orang awam tidak begitu menyedari tentang betapa pentingnya keperluan tersebut perlu dipenuhi.

MATA, katanya, berazam untuk terus memberikan komitmen kepada penerbangan, menerusi aspirasi, bagi menggalas peranan utama dalam pendidikan dan latihan juruteknik dan jurutera pesawat.

"Industri penerbangan, terutamanya sektor penyenggaraan dan pembaikan, sentiasa memerlukan kakitangan yang dinamik, berkemahiran dan profesional untuk menangani pertumbuhan pesat industri.

"Kami komited untuk merapatkan jurang yang diperlukan dalam latihan penerbangan daripada latihan asas hinggalah kepada latihan lanjutan sejajar dengan syarat-syarat pelesenan Bahagian 66 Agensi Penerbangan dan Keselamatan Eropah," katanya. - Bernama

kekurangan jurutera penerbangan

SEPANG 17 Julai - Industri penerbangan negara masih berhadapan dengan masalah kekurangan jurutera dan juruteknik tempatan sekali gus gagal menampung kepesatan sektor itu di negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berdasarkan angka terkini, jumlah keseluruhan jurutera dan juruteknik tempatan yang terlibat di dalam industri itu adalah sebanyak 40,000 orang.

Sedangkan, katanya, keperluan semasa negara hingga 2020 terhadap tenaga mahir berkenaan adalah antara 55,000 hingga 60,000 orang.

''Secara kasarnya kita memerlukan 15,000 lagi tenaga mahir di kalangan rakyat tempatan bagi menampung permintaan pihak industri. Angka itu adalah unjuran sehingga 2020.

''Bagi pihak Mara kita berusaha mengatasi kekurangan tersebut iaitu dengan memberi tumpuan khusus kepada usaha menambah bilangan tenaga mahir dalam bidang penerbangan melalui kursus yang kami tawarkan di UniKL kampus Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT) di sini,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Minggu Silaturahim UniKL MIAT Sesi Julai 2009 di Dengkil dekat sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abd. Jabar Che Nai; Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin dan Pengerusi Lembaga Pengarah UniKL, Datuk Mohamad Rais Zainuddin.

Mohd. Shafie berkata, kekurangan yang berlaku itu juga menyebabkan negara sehingga kini terpaksa bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara.

''Hingga tahun ini UniKL MIAT telah mengeluarkan lebih 1,000 tenaga mahir penerbangan dengan purata 300 bagi setiap sesi pengambilan.

''Walaupun tidak banyak kita akan cuba meningkatkan bilangan mengikut keperluan. Setakat ini permintaan industri terhadap pelajar-pelajar kita amat tinggi.

''Pasaran kerja untuk mereka alhamdulillah tidak ada masalah kerana bidang ini memang ada permintaan sama ada dalam sektor swasta mahu pun awam,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mempertingkatkan prasarana bagi tujuan pembelajaran di UniKL MIAT supaya para pelajar lebih terdedah dengan teknologi terkini.

''Kita mahu melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan matlamat ini boleh dicapai sekiranya mereka terdedah dengan sistem pembelajaran yang lebih moden,'' katanya lagi.